- Perbualan ku di dalam FB di antara jiran/kawan masa ku kecil dari kampung ... Kawan masa kecil aku bertanya khabar dan bila nak balik kg....tetiba jiwaku sebak dan aku luahkan segala kesedihan ku padanya ...sebab dia lebih tahu tentang kehidupanku semasa di kampung lebih2 lagi kawanku juga kehilangan ibu dan ayah . Al fatihah untuk ibuku dan ibu bapa jiran ku ..teringat kenangan bersama cik biah ....selalu bagi aku makanan masa aku kecik2 dulu. Apapun kita lebih senang meluahkan perasaan pada mereka yang senasib dan mengalaminya seperti apa yang kita alami ....
P/s : Bahasa diri aku (aku, saya , I dan jangan pelik pula klu perbualanku kt bawah ni juga bahasa diri kami ...(bahasa diri masa budak2 dulu) ...tapi aku tetap aku ..jadi apa2 aku nk guna pun walaupun salah tatabahasa yang penting selesa padaku ...
Ayat di copy sepenuhnya dari FB tanpa di Edit kecuali Nama tertentu. Jadi faham2 jelah ... (Tidak terniat untuk memaparkan perbualan ini di dalam blog ni pada masa itu ....)
Harapanku semoga kawan2 di luar sana yang masih berpeluang mempunyai orang tua hargailah ....jangan kedekut dengan apa yang kita ada ....walaupun sedikit berilah untuk menunjukkan kita menghargai mereka..
Bukan harta benda yang ibu bapa kita pinta ....(IBUku pastinya) ..tapi pemberian ikhlas kita menunjukkan ingatan kita dan memberi kebanggaan pada mereka bahawa anak mereka juga mampu menjaga mereka.
Ingat pesanan ustazah ..orang tua ni kadang2 bukan dia nak minta apa2 dari anak ..tapi dia nak anak dengar je cerita dia ...Luangkan masa , duduklah berdekatan dengannya. dengarlah celotehnya walaupun cerita tu dah 10 kali kita dengar ..
Sebab jiwaku sekarang terasa menjerit2 ingin mendengar suara ibu bercerita .....biar pun meleret2 tapi jika kehilangannya hanyalah mimpi semata2 aku sanggup untuk bersama2nya mendengar dan terus mendengar cerita2nya walaupun berpuluh2 kali...
JIRANKU :
kata nak balik awal bulan 11
Monday, November 28, 2011
Rindu Ibuuuuuuuuuu - Bahagian 2
Monday, November 14, 2011
Rindu Ibuuuuuuuuuu !!!!!!!
Ni hasil nukilanku ketika ini bagi melepaskan perasaan rindu pada arwah mak .....
Sementara tunggu solat Isyak tetiba terbayang wajah mak ...rindu dan sebak sangat2 ..memang selalu hati ni sebak bila sunyi je ingat mak...dah 1tahun 8 bulan mak pergi buat selama2nya ...
Ingin hatiku menjerit2 ..panggil nama mak. Banyak lagi yang aku tidak tunaikan untuk gembirakan mak setelah segala kepahitan yang kami sekeluarga lalui masa aku kecil ..dan walaupun ketika kami anak2 mak sudah dewasa tekanan jiwa mak disebabkan kerenah ayah yang sering menambah isteri sedikit terubat.
Bagi mak, anak2nya la tempatnya menumpang kasih setelah sejak lama tidak mendapat belaian kasih dari seorang suami....mak kenapa mak masih ada aku tidak terkesan begini sekali tentang perasaan mak. Bagiku mak sudah tua..sudah hampir 60an..dan tidak perlu kasih sayang seorang suami ..bagiku dengan ada anak2 segala keperluan mak boleh kami penuhi..tapi aku lupa..jiwa mak sudah lama kosong daripada seorang suami..dan walaupun kita sudah berusia kita masih perlukan seorang suami atau seorang kawan seusia untuk meluahkan perasaan, bukannya hanya pada seorang anak yang tentunya amat jarang dapat menyelami perasaan orang tua....Sekarang baru aku mengerti bagaimana perasaan mak....seperti yang orang selalu kata ...bila kita kehilangan baru kita ingin menghargai sesuatu..
Tuesday, June 14, 2011
Telur oooo telur
![]() |
| Telur ayam dan anak ayam yang tak berdosa ...kruk! kruk! apa yang aku melalut nih! ish! (Kredit pic anak ayam comel ni to http://billyinfo.blogspot.com) |
Baru kita simpan dalam peti ais atau guna untuk memasak....jika tidak engkorang bayangkanlah ye....bayangkan ..bayangkan...lahhhhh
1) Dalam peti ais anda akan ada anasir najis dari 'khazanah ayam ini' ...emmmm...ishh!! (terbayang nih).
Sunday, June 5, 2011
Terapi Ozon
Semalam aku buat terapi ozon (senang kata cuci darah) untuk kali ke3...belah kanan tangan tiub darah keluar masuk ke mesin (ditapis..bunuh kuman, virus, bakteria, kulat dan diberi oksigen) kemudian keluar melalui tiub yang disambung ke tangan kiri aku ...fuhhh...kalau orang takut jarum2 suntikan ni mcm suami aku memang haru .....tapi sabar jelah sebab kaki kiri aku ni sengal2 dan lemah..doktor pakar kata masalah urat saraf yang berkaitan dengan darah ..
Ni aku ambil petikan penting dari Utusan Malaysia ARKIB : 17/04/2011
