Sementara tunggu solat Isyak tetiba terbayang wajah mak ...rindu dan sebak sangat2 ..memang selalu hati ni sebak bila sunyi je ingat mak...dah 1tahun 8 bulan mak pergi buat selama2nya ...
Ingin hatiku menjerit2 ..panggil nama mak. Banyak lagi yang aku tidak tunaikan untuk gembirakan mak setelah segala kepahitan yang kami sekeluarga lalui masa aku kecil ..dan walaupun ketika kami anak2 mak sudah dewasa tekanan jiwa mak disebabkan kerenah ayah yang sering menambah isteri sedikit terubat.
Bagi mak, anak2nya la tempatnya menumpang kasih setelah sejak lama tidak mendapat belaian kasih dari seorang suami....mak kenapa mak masih ada aku tidak terkesan begini sekali tentang perasaan mak. Bagiku mak sudah tua..sudah hampir 60an..dan tidak perlu kasih sayang seorang suami ..bagiku dengan ada anak2 segala keperluan mak boleh kami penuhi..tapi aku lupa..jiwa mak sudah lama kosong daripada seorang suami..dan walaupun kita sudah berusia kita masih perlukan seorang suami atau seorang kawan seusia untuk meluahkan perasaan, bukannya hanya pada seorang anak yang tentunya amat jarang dapat menyelami perasaan orang tua....Sekarang baru aku mengerti bagaimana perasaan mak....seperti yang orang selalu kata ...bila kita kehilangan baru kita ingin menghargai sesuatu..
Sudah 1tahun 8 bulan aku tidak menatap wajah mak..semasa mak masih hidup mak selalu datang melawat dan tinggal selama seminggu, dua minggu dan kadang2 sebulan di rumah saya di Johor. Mungkin mak merasa sunyi dan hati mak tertekan kalau tinggal di Pahang bersama ayah. Maklum la ada 2 'cawangan' lagi yang ayah perlu layan.
Dalam 6bulan sekali atau lbh kerap pasti mak akan datang dan menetap seketika di rumah anak perempuan tunggalnya ini.. Walaupun abangku dah bekeluarga dan tinggal berdekatan tetapi mak lebih senang tinggal di rumahku ...anak perempuan katanya ...
0 comments:
Post a Comment