Sunday, June 5, 2011

Terapi Ozon

Semalam aku buat terapi ozon (senang kata cuci darah) untuk kali ke3...belah kanan tangan  tiub darah keluar masuk ke mesin (ditapis..bunuh kuman, virus, bakteria, kulat dan diberi oksigen) kemudian keluar melalui tiub yang disambung ke tangan kiri aku ...fuhhh...kalau orang takut jarum2 suntikan ni mcm suami aku memang haru .....tapi sabar jelah sebab kaki kiri aku ni sengal2 dan lemah..doktor pakar kata masalah urat saraf yang berkaitan dengan darah ..
Ni aku ambil petikan penting dari Utusan Malaysia ARKIB : 17/04/2011










Darah dikeluarkan untuk menjalani proses terapi ozon.



TERAPI ozon semakin mendapat tempat di kalangan masyarakat di negara ini yang mahu mencuba rawatan alternatif. Namun begitu masih ada berpandangan terapi ozon menyamai rawatan hemodialisis. Ini kerana kaedah serta mesin yang digunakan untuk terapi ozon kelihatan menyerupai mesin untuk rawatan pesakit buah pinggang. Hakikatnya - terapi ozon dan hemodialisis adalah rawatan yang berbeza.

Dr. Nik Baizura Sabiamad ketika ditanya tentang terapi ozon menjelaskan lebih lanjut perihal rawatan tersebut. Penasihat Perubatan Ozone Medical & Rejuvenation Specialist Centre itu memberitahu kaedah terapi ozon yang ditawarkan di situ adalah Extracorporeal Blood Oxygenation and Ozonation (EBOO). Kaedah tersebut diperkenalkan pada 1999 di mana darah pesakit dikeluarkan kemudian disaring lalu dialirkan udara ozon-oksigen.
Tempoh rawatan yang memakan masa sejam itu secara keseluruhannya akan melibatkan satu per tiga daripada keseluruhan darah dalam tubuh seseorang dikeluar dan disaring sebelum dialirkan ozon-oksigen.
Proses tersebut menurut Dr. Nik Baizura dibuat secara beransur di mana sebanyak 30 mililiter darah dikeluarkan setiap minit menghasilkan 1800 mililiter sepanjang sejam proses rawatan dijalankan.


Melalui kaedah EBOO, darah akan dialir keluar ke satu penapis di mana kuman, sel-sel kanser, kolesterol, toksin dan sebagainya akan ditapis. Selepas itu barulah proses oksigenasi dan ozonasi bermula. Darah yang telah disaring dialir semula ke dalam badan pesakit.
ni tiga kali rawatan, ibu kini kembali aktif tetapi meneruskan terapi untuk menyelesaikan sisa-sisa penyakit,'' katanya. Menurut Dr. Nik Baizura, pesakit digalakkan menjalani tiga kali rawatan iaitu sekali seminggu di peringkat awal terapi. Terapi ozon bukan saja untuk golongan berpenyakit tetapi juga sesuai kepada mereka yang sihat.

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright (c) 2010 Namaku Zach. Design by WPThemes Expert
Themes By Buy My Themes And Cheap Conveyancing.